Tujuh Cara Cemerlangkan Otak
- Mempunyai daya kekuatan mental dan fizikal yang bertindak aktif dan positif. Sikap dan tahap pemikiran kamu mestilah seimbang.
- Mempunyai pemikiran yang sentiasa bersih. Jangan sesekali memikirkan perkara yang tidak baik atau bercadang untuk bermalas-malas.
- Sentiasa berdaya saing dan kekuatan mental terhadap cabaran. Kamu juga perlu bersikap ingin mendahului rakan di dalam pelajaran.
- Mengambil makanan yang sihat untuk kecerdasan otak. Jangan amalkan makanan ringan kerana ia boleh merosakkan minda.
- Sentiasa melakukan senaman atau gerakan yang boleh merangsang otak. Malas dan kurang aktif akan membuatkan kamu seorang yang berat tubuh dan kurang daya fikir.
- Sentiasa mengatur waktu tidur yang mencukupi untuk merehatkan otak. Jangan berjaga hanya kerana ingin menonton siri kesukaan tetapi menjaga disiplin tidur untuk kesegaran esok hari.
- Bertafakur, berdoa dan membersihkan pemikiran. Setelah berusaha, jangan lupa untuk mendoakan kejayaan dan sentiasa berfikiran positif dan berkeyakinan tinggi.
- Amalan meningkatkan daya ingatan dan kefahaman terhadap mata pelajaran.
- Jarakkan dan bahagikan pecahan masa belajar dengan menggunakan jadual.
- Lafazkan isi-isi penting dan data daripada nota ringkas dengan cara yang kuat.
- Apapun teknik dan sistem yang dilakukan, lakukan secara berulang-ulang.
- Akhirnya, percayalah kepada diri sendiri, tanamkan keyakinan dan berserah kepada takdir yang menentukan
No comments:
Post a Comment