SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL THULAB (PENDIDIKAN AGAMA DAN TAHFIZ AL QURAN)

SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL THULAB (PENDIDIKAN AGAMA DAN TAHFIZ AL QURAN)
SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL THULAB (PENDIDIKAN AGAMA DAN TAHFIZ AL QURAN)

BERSAMA KITA MELAHIRKAN GENERASI BERILMU DAN BERAMAL DAN BERAKHLAK

خيركم من تعلم القران وعلمه

SEBAIK-BAIK KAMU IALAH ORANG YANG BELAJAR AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA



Sunday, May 20, 2012

JOM.....MITIVASI BERSAMA UST.NAJIB Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang



  Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang

 
Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang
1.
OptimistikPelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk bolehmenempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikansemangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'
2.
Jangan bersikap pesimistikPelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan danmengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri.Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidakmencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cubabelum tahu.
3.
Kesedaran memikul tanggungjawabPelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikultanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruahkeluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung padagenerasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedarhakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusahalebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
4.
Tumpuan sepenuh hatiPelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaransemasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajaradalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-maindalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orangyang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malahlebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidakterpelajar seperti mereka sendiri.
5.
Mulakan dari awalPelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapipeperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal ataupeperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajaryang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklahmengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihatguru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.
6.
Sentiasa bersediaPelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarangbentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujianbulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaanyang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup danmampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah andaandainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!'Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'
7.
Lengkapkan peralatanPelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yangmencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-notaringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untukmencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkanpembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan
 
Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaahpelajaran.
17.
Baca akhbarPelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademikuntuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya inimerujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossipatau artis.
18.
Menonton rangcangan yang sesuaiPelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untukmendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lainlagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan beritasemasa.
19.
Lakukan peperiksaan kendiriPelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri)seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagaipengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian danpeperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya.Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukanpeperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahutentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.
20.
Sediakan jadual waktuPelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancangpembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abangyang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai danefektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
21.
Sertai ceramah motivasiPelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakanuntuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
22.
Sertai seminar peperiksaanPelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yangdiadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalambidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkinmenerima pelbagai tips dan petua berguna.
23.
Beli buku rujukanPelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapatmemantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkansenarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingatpepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatancantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahamikualiti sesuatu buku rujukan.
24.
Masuk kelas tuisyenPelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkanlagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
25.
Lawatan ke pameran bukuPelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran bukuyang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa andaakan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu,ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedaiminyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk kekandang najis... (fikirlah sendiri)
 
26.
Sertai kokurikulum sekolahPelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalamkokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otakyang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkaratakan melahirkan pemikiran yang lembab.
27.
Sanggup manghadapi cabaranPelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yanghebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran ataucuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yangdimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan sukamelepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang sukamengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuankekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang mahahebat. Pandai-pandailah membawa diri.
28.
Jaga keselamatan diriPelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkansebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
29.
Jaga kesihatan fizikalPelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan caramenghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat.Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-geraiyang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Janganberjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
30.
Makanan seimbangPelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan denganmemakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yangbaik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makananyang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
31.
Malu bertanya sesat jalanPelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripadapelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abangdan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajarcemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapipeperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berhargauntuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
32.
SembahyangPelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam,tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan olehagama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agamamasing-masing.
33.
DoaPelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongandaripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
34.
TawakkalPelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jikagagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikankegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikansemua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yanglebih cemerlang.

No comments:

Post a Comment