SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL THULAB (PENDIDIKAN AGAMA DAN TAHFIZ AL QURAN)

SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL THULAB (PENDIDIKAN AGAMA DAN TAHFIZ AL QURAN)
SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL THULAB (PENDIDIKAN AGAMA DAN TAHFIZ AL QURAN)

BERSAMA KITA MELAHIRKAN GENERASI BERILMU DAN BERAMAL DAN BERAKHLAK

خيركم من تعلم القران وعلمه

SEBAIK-BAIK KAMU IALAH ORANG YANG BELAJAR AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA



Saturday, May 22, 2010

KEM MOTIVASI SEKOLAH AGAMA DARUL THULAB 2009















KHEMAH IBADAH MOTIVASI "KEARAH PEMBENTUKAN SAHSIAH AKHLAK ,DAN KECEMERLANGAN PELAJAR ISLAM"






PENAUNG

YB. DATO DR. HASAN BIN MOHAMMED ALI

EXCO HAL-EHWAL ISLAM,ADAT MELAYU,

INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM NEGERI SELANGOR

MERANGKAP ADUN GOMBAK SETIA

PENASIHAT

DATO’MOHAMED KHUSRIN B HJ MUNAWI

PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR (JAIS)



ANJURAN BERSAMA










سكوله اكام دارالطلاب



SEK AGAMA DARUL THULAB



(LAJNAH ILMU DAN DAKWAH)


PEJABAT EXCO HAL-EHWAL ISLAM,ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM NEGERI SELANGOR


BERSAMA PAKAR MOTIVASI

TUAN HAJI MUHAMMAD ZAKARIA

(PERUNDING MOTIVASI RTM & TV3)

MOHD.RADZI ABDUL SAMAD

(INSAN CEMERLANG CONSULTANT)

MOHD. AZIZAN YUNUS

(UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA)

USTAZ MUHAMMAD NAJIB BIN SANURI

(SEKOLAH AGAMA DARUL THULAB)

DIBIMBING OLEH FASILITATOR DARI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA DAN SEKOLAH AGAMA DARUL THULAB

TARIKH : 24/25/26 APRIL 2009

MASA : 5.30 PETANG (24 APRIL 09) hingga

5.30 PETANG (26 APRIL 09)

TEMPAT :KEM LATIHAN BELIA BUKIT LAGUNG

SELAYANG,SELANGOR

(Sebelah IPD Gombak)

“BERSAMA MENINGKATKAN JATIDIRI DAN MEMBENTERAS GEJALA SOSIAL

DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR ISLAM

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

KERTAS KERJA

KHEMAH IBADAT MOTIVASI “KEARAH PEMBENTUKAN SAHSIAH,

AKHLAK DAN KECEMERLANGAN PELAJAR ISLAM”

1) PENGENALAN.

Masaalah sosial yang menimpa terutamanya golongan pelajar atau remaja hari ini seringkali menjadi

perbualan hangat masyarakat dan ramai yang memberikan pandangan serta pendapat bagi menangani

masaalah tersebut. Masalah sosial seperti lari rumah,hamil anak luar nikah,menagih dadah,rogol,meragut,

mat rempit,punk,menganggotai kumpulan samseng,terlibat dalam j

enayah,tidak menghormati orang tua,

melawan guru,tidak mengikut ajaran agama dan sebagainya sudah menjadi berita kelaziman setiap hari

didada dada akhbar hari ini.Kemodenan kehidupan masyarakat hari ini disamping pengaruh-pengaruh luar

yang masuk kenegara kita melalui internet dan sebagainya merupakan salah satu faktor yang dikatakan punca

kemerosotan nilai-nilai murni pada diri remaja hari ini. Banyak juga faktor yang lain yang diperkatakan

diantaranya masaalah keluarga,pengaruh kawan-kawan,kurang didikan agama ,pengaruh media masa

seperti TV,filem,internet dan sebagainya. Secara umumnya ini membuktikan betapa daya ketahanan atau

jatidiri pelajar dan remaja hari ini agak merosot ke satu tahap yang amat membimbangkan ibubapa dan

masyarakat keseluruhan. Khemah Ibadat dan Motivasi adalah diantara cara yang terbukti amat berkesan

didalam mendidik pelajar dan remaja islam hari ini. Ini harus dimulakan dari awal umur pelajar islam

terbabit demi memastikan pelajar-pelajar ini tidak terjebak didalam masaalah sosial seperti yang dinyatakan.

Lazimnya, pelbagai pihak yang menganjurkan kem motivasi seperti ini mengenakan bayaran dan adakalanya

agak tinggi kepada peserta-peserta yang mengikuti program tersebut.Ini adalah kerana pelbagai kos yang

harus dibayar oleh pihak penganjur untuk menjayakan program tersebut. Ini dilihat agak malang bagi pelajar-

pelajar yang terdiri dari keluarga yang kurang berkemampuan atau miskin lebih-lebih lagi jikalau pelajar

terbabit adalah anak-anak yatim. Walhal mengikut statistik menunjukkan pelajar-pelajar yang berada

didalam golongan inilah mempunyai peratus yang lebih tinggi terlibat didalam masalah sosial dan lemah

dalam pelajaran. Ini bermakna golongan pelajar yang menjadi sasaran atau yang lebih sepatutnya teribat

dalam program kem motivasi seperti ini tidak mendapat pendedahan.

Khemah ibadah ini juga adalah satu program pendidikan bertujuan untuk memproses perubahan sikap dan

pandangan hidup seseorang pelajar kearah jatidiri dan jayadiri yang bermotivasi tinggi.Ianya juga

menekankan soal-soal dalam pemantapan akidah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan solat seperti

bab toharah,bab wudhuk,bab tayamum,bab rukun ,solat sunat dan lain-lain.Pelajar juga didedahkan kepada

peranan dan tanggungjawab mereka bagi menguruskan masa yang terbaik dan berkesan untuk persiapan

menghadapi peperiksaan dan agenda hidup seterusnya.

2.Rasional Khemah Ibadat Motivasi.

Pertambahan kemajuan sains dan tenologi dinegara kita hari ini bukanlah sesuatu yang harus disekat semata-

mata masaalah yang membelenggu pelajar dan remaja hari ini.Ini adalah kerana ajaran islam juga tidak

menyekat umat islam untuk maju dan menimba ilmu pengetahuan malah menganjurkan dan mengalakkan

umatnya. Begitu juga dengan pengaruh-pengaruh luar,mediamasa dan kawan- kawan bukanlah sesuatu yang

harus dijadikan alasan sekiranya pelajar-pelajar dan remaja-remaja islam sentiasa ditanamkan sejak awal lagi

dengan nilai-nilai murni,mempunyai daya ketahanan jatidiri yang kuat disamping cemerlang dalam pelajaran

seperti mana dituntut dalam ajaran islam.

3.Matlamat Khemah Ibadat Motivasi.

Berdasarkan kepada masaalah tersebut,dengan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh tenaga-tenaga

pengajar didalam Sekolah Agama Rakyat Darul Thulab dan dibantu oleh tenaga-tenaga pengajar luar, pihak

sekolah berhasrat untuk mengadakan Khemah Ibadat Motivasi Kearah Pembentukan Sahsiah Akhlak Dan

Kecemerlangan Pelajar Islam secara percuma dengan bantuan agensi- agensi kerajaan,sektor korporat dan NGO

diatas matlamat seperti dibawah:-

a) Memberi kesedaran akan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

b) Membimbing pelajar kearah penghayatan islam dan membina sahsiah,budi pekerti dan berahklak mulia.

c) Menyerap daya kepimpinan ,kematangan berfikir dan bertindak serta semangat bekerjasama.

d) Membangunkan modal insan,membentuk perkembangan diri serta daya tahan yang tinggi

e) Melatih pelajar untuk memiliki potensi insan yang optima,meningkatkan keyakinan diri,bersemangat dan perasaan ingin tahu dalam pelajaran.

f) Menerap dan memantapkan rasa kecintaan kapada agama,bangsa dan Negara.

g) Memberi pendedahan kaedah dan teknik pembelajaran yang berkesan,teknik mengingati pelajaran dengan sempurna disamping teknik menjawab soalan dengan betul

h) Lebih menghormati dan menghargai ibubapa,guru-guru dan orang tua.

4.Sasaran Peserta.

a)Pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dan anak yatim.

b)Pelajar yang dikenalpasti bermasaalah dalam displin dan akhlak.

c)Pelajar yang kurang menyerlah dalam pelajaran.

d)Pelajar yang kurang aktif dalam sukan,kurang bersemangat dan kurang pergaulan.

e)Pelajar yang akan menghadapai peperiksaan utama tahun 2009

5) Peserta

Pelajar-pelajar islam dari sekolah-sekolah rendah agama darjah 3 hingga 6 di sekitar negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan

6).Bilangan Peserta.

Bilangan peserta dianggarkan seramai 300 orang .

7.Tarikh,Masa dan Tempat yang dicadangkan:

Tarikh: 24,25 dan 26 April 2009 (Jumaat/Sabtu/Ahad)

Masa Berkumpul : 5.30 petang (24 April 2009/Jumaat)

Masa Bersurai : 5.30 petang (26 April 2008/Ahad)

Tempat: Kem Latihan Belia Bukit Lagung,

Selayang,Selangor Darul Ehsan.

(Sebelah IPD Gombak)

8.Dianjurkan oleh :-

Sekolah Agama Rakyat Darul Thulab

Dengan Kerjasama

Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)

9.Metodologi Program

a) Seminar Pembelajaran

b) Ceramah Motivasi

c) Ceramah Agama

d) Aktiviti-Aktiviti luar

10)Aktiviti

a) Latihan dalam kumpulan (LDK)

b) Jungle Tracking

c) Merentas halangan

d) Flyingfox

e) Wall Climbing

f) Malam kebudayaan

g) Permainan burung berhantu

h) Penghayatan perjalanan manusia dari alam rahim (perut ibu) ,alam dunia,alam barzakh(kubur),alam masyar hingga keperjalanan yang terakhir (Mahkamah rabbul jalil) bagi menentukan masuk syurga atau neraka.

i) Motivasi

-Kecemerlangan pelajar

-Teknik belajar

-Teknik mengingat dan menjawab soalan

-Matlamat dan peranan pelajar

-Persiapan menghadapi peperiksaan

-Kepimpinan

j) Kuliah

-Sifat Mahmudah dan Sifat Mazmumah

-Birrul Walidain (Kebajikan/hormat kepada ibubapa)

-Ahklak

-Tauhid

k) Fiqah

-Pembentangan kertas kerja bab solat

-Latihan amali berwudhuk,solat wajib dan solat sunat

l) Riadah dan senam robik

m) Solat berjemaah dan tazkirah

n) Muhasabah diri

o) Qiyamulail (Bangun solat tengah malam)

11) PENCERAMAH DAN FASILITATOR

a) PAKAR MOTIVASI

TUAN HAJI MUHAMMAD ZAKARIA (Perunding Motivasi RTM & TV3)

ENCIK RADZI ABDUL SAMAD (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

INSAN CEMERLANG CONSULTANT

ENCIK MOHD AZIZAN BIN YUNUS (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

USTAZ MUHAMMAD NAJIB BIN SANURI (Pengurus Sekolah Agama Darul Thulab)

b) PARA FASILITATOR

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Guru-guru Sekolah Agama Darul Thulab

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

12) ATURCARA PROGRAM

HARI PERTAMA : 24 APRIL 2009

Masa Program

5.30 petang Pendaftaran dan berkumpul

6.00 petang Doa dan Bertolak Ke Kem

6.45 petang Sampai Ke Kem latihan & Persiapan

7.00 petang Solat maghrib

8.00 malam Makan Malam

8.30 malam Solat Isyak

9.00 malam Latihan dalam kumpulan (Pembahagian kumpulan,khemah,taklimat dan suai kenal

10.00 malam Tazkirah akhlakul karim (Ahklak mulia)

11.00 malam Flay solo

12.30 malam Rehat (Tidur)

HARI KEDUA : 25 APRIL 2009

6.00 pagi Urus diri dan solat subuh berjemaah,kuliah subuh birrul walidain

7.30 pagi Senam robik berirama

9.00 pagi Minum pagi

9.30 pagi PERASMIAN Khemah Ibadat Motivasi oleh YB Dato’ Dr.Hasan Mohd Ali,Exco Kerajaan Negeri Selangor

12.00 tgh hari Jamuan Makan Tengahari

1.30 ptg Solat Zuhur dan Kuliah Zuhur

2.30 ptg MOTIVASI 1

Tajuk : Rahsia Kecemerlangan Pelajar oleh Encik Mohd.Radzi Abdul Samad

4.00 ptg Minum Petang

4.30 ptg Solat Asar dan Kuliah Asar

5.00 ptg Outdoor Games : (Merentasai jambatan tali,merentasi halangan,Flyingfox dan lain-lain

7.00 ptg Solat Maghrib dan Kuliah Maghrib

8.30 mlm Solat Isyak

9.00 mlm MOTIVASI 2;

Tajuk :Persiapan menghadapi peperiksaan oleh Encik Azizan Yunus

10.30 mlm Malam Kebudayaan :

Unggun Api

Permainan kotak beracun,burung berhantu,sakit berjangkit dan lain-lain

12.00 mlm Minum malam

Tidur

HARI KETIGA : 26 APRIL 2009

4.00 pagi Qiyamulail,zikir kifarah dan tazkirah

5.45 pagi Solat Subuh dan kuliah

7.00 pagi Sarapan pagi

7.30 pagi Senam robik dan berkawad

8.30 pagi MOTIVASI 3

Smart solat (fiqah,Pembentangan kertas kerja bab solat,(Latihan amali berwuduk

Solat wajib dan sunat) oleh Tuan Haji Zakaria Muhammad

11.00 pagi Minum pagi

11.30 pagi Urus diri

12.30 thg hari MOTIVASI 4

Pengembaraan kealam sebelum dilahirkan,menghadapi kematian,alam kubur

Dan alam masyar oleh Ustaz Muhammad Najib Sanuri

1.30 petang Solat Zuhur dan Kuliah

2.00 ptg Makan Tengahari

2.30 ptg Latihan persembahan dalam kumpulan

3.00 ptg Majlis penutup

Penyampaian sijil penyertaan dan cenderahati

Persembahan setiap kumpulan

5.00 ptg Jamuan perpisahan

5.30 ptg Doa dan Bersurai

(Aturcara tertakluk kepada perubahan)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

13 ) Sumber Kewangan

a ) Tabung Sekolah

b ) Badan Kerajaan

c ) Sektor Korporat

d ) NGO

AHLI JAWATANKUASA UTAMA PROGRAM

Pengerusi

Ustaz Muhammad Najib Sanuri

Naib Pengerusi

Ustazah Rosidah Bte Senong

Pengurus Program

Muhd Adli Shah

Pengurus Perhubungan Awam/Korporat

Shahrul Akmar Bin Abdul Latif

Ustazah Che Nor Bte Esa

Ustazah Hamsiah Bte Hamdan

Setiausaha

Ustazah Noorlaili Bte Hassan

Ahli Jawatankuasa Kerja

Ustazah Azrimah Bte Mahadi

Ustazah Siti Zulaikha Bt Jamil

Ustazah Che Jah Bte Latiff

Ustaz Zikri Bin Zakaria

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

15.Asas Pertimbangan.

a)Berkerjasama dengan Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia dalam menangani punca-punca yang menyumbang kepada berlakunya masaalah sosial dikalangan pelajar-pelajar dan remaja islam.

b)Mengerakkan aktiviti kemasyarakatan dikalangan pelajar islam supaya mengamalkan sikap saling bantu-membantu dan bekerjasama.

c)Melatih dan memperlengkapkan para pelajar islam dari segi pengetahuan dan kemahiran yang pelbagai (multiskill) melalui tutorial, latihan dan pendedahan kepada situasi sebenar melalui aktiviti yang diadakan.

d)Menyedar dan Memupuk mentality masyarakat Dunia kelas pertama dikalangan pelajar islam selaras dengan falsafah dan kemajuan negara .

e) Menyebarluaskan fungsi dan keberkesanan program Kem Motivasi kepada pelajar khususnya kepada ibubapa untuk diangkat sebagai tanggungjawab bersama.

16.Penutup

Program Kem Ibadat Motivasi hendaklah dijadikan sebagai pembudayaan yang berterusan dikalangan seluruh

pelajar islam samada yang bermasaalah atau tidak Jika ini dapat direalisasikan sudah pasti segala gejala-gejal

sosial dapat dibenteras atau setidak-tidaknya dapat dikurangkan.Dengan program yang tersusun dan berterusan

kami yakin ianya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya tahan, berakhlak mulia dan cemerlang dalam

pelajaran. Kesedaran setiap dari kita semua amat perlu agar negara Malaysia dapat melahirkan rakyat yang

berkualiti sejajar dengan perkembangan dan kemajuan dunia. Dengan sokongan dan kerjasama dari semua pihak

bersama kemahiran dan pengalaman tenaga-tenaga motivasi Sekolah Agama Darul Thulab,kami yakin dapat

meneruskan program khemah ibadat motivasi seperti ini secara percuma untuk pelajar-pelajar islam di daerah

dan negeri yang lain dimasa hadapan.

“KE ARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM BERKUALITI”

Dikemukakan Untuk Pertimbangan.

disediakan oleh:-

SEKOLAH AGAMA DARUL THULAB

MASJID AL-KHAIRIYAH,FASA 7,TAMAN SRI GOMBAK,BT CAVES,SELANGOR

KHEMAH IBADAT MOTIVASI “KEARAH PEMBENTUKAN

SAHSIAH,AKHLAK DAN KECEMERLANGAN PELAJAR ISLAM”

PENAUNG

YB. DATO DR. HASAN BIN MOHAMMED ALI

EXCO HAL-EHWAL ISLAM,ADAT MELAYU,INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM NEGERI SELANGO MERANGKAP ADUN GOMBAK SETIA

ANJURAN

SEKOLAH AGAMA DARUL THULAB

DENGAN KERJASAMA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR (JAIS)

BERSAMA PAKAR MOTIVASI

TUAN HAJI MUHAMMAD ZAKARIA

(PERUNDING MOTIVASI RTM & TV3)

MOHD.RADZI ABDUL SAMAD

(INSAN CEMERLANG CONSULTANT)

MOHD. AZIZAN YUNUS

(UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA)

USTAZ MUHAMMAD NAJIB BIN SANURI

(SEKOLAH AGAMA DARUL THULAB)

DIBIMBING OLEH FASILITATOR DARI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA DAN SEKOLAH AGAMA DARUL THULAB

PADA

TARIKH : 24/25/26 APRIL 2009

MASA : 5.30 PETANG (24 APRIL 09) hingga

5.30 PETANG (26 APRIL 09)

TEMPAT : KEM LATIHAN BELIA BUKIT LAGUNG

SELAYANG,SELANGOR

(Sebelah IPD Gombak)

“BERSAMA MENINGKATKAN JATIDIRI DAN MEMBENTERAS GEJALA SOSIAL

DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR ISLAM

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

No comments:

Post a Comment