عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Kefahaman Hadis :
1) Nasihah Lillah - mengimaninya/ ikhlaskan ibadah /taatinya serta jauhi larangannya.
2) Nasihah Likitabi - yakin ia kalam Allah bukan kalam makhluk - sebagai Manhaj hidup - sesuai
sepanjang zaman -berusaha memperelokkan bacaan dan faham isi kandungnya.
3) Nasihah Lirasulihi- membenarkan kenabiannya/ ikut ajarannya/ kasih terhadapnya - agungkan
sunnahnya/ kaji sirahnya/ berakhlak dgn. akhlaknya.
4) Nasihah Li aimmati muslimin - membantunya dalam tugasan/ nasihat ketika lupa/ halang dari
berlaku zalim.
5) Nasihah Li ‘ammatihim - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat/ ajar apa yang mereka
jahil terhadap agama/galakkan mereka kepada ketaatan.
Pengajaran hadis:
Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pemibnaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun pembangunan rohani.