SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL THULAB (PENDIDIKAN AGAMA DAN TAHFIZ AL QURAN)

SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL THULAB (PENDIDIKAN AGAMA DAN TAHFIZ AL QURAN)
SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL THULAB (PENDIDIKAN AGAMA DAN TAHFIZ AL QURAN)

BERSAMA KITA MELAHIRKAN GENERASI BERILMU DAN BERAMAL DAN BERAKHLAK

خيركم من تعلم القران وعلمه

SEBAIK-BAIK KAMU IALAH ORANG YANG BELAJAR AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA



Monday, July 2, 2012

Motivasi Kepada Ibu Bapa dan Pelajar








Al Fadhil Ustaz Muhamad Najib Sanuri





Motivasi Kepada Ibu Bapa dan Pelajar UPSR 1. Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada Yang dimuliakan tuan pengerusi majlis, Yang Dihormati tuan Guru Besar, yang bersusahaPengerusi PIBG, Ahli jawatankuasa PIBG, Guru-guru ,Ibubapa , anak – anak dan sidang hadirin sekelian. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi keranakita dapat bersama-sama pada petang ini. Terimakasih kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkongsi pengalaman mengasuh anak-anak saya sehingga mereka berjaya. Rasa bersyukur tidak terhingga kepada Allah, bukan sahaja usaha tapi ia adalah ketentuan Allah jua.2. Perkara Yang Pertama: Saya ingin bermula dengan makan dan minum.Yang paling apdal sekali ialah makan dan minum yang cukup. Masa pagi,tengah hari dan malam. Kalau tidak ada tenaga macam mana hendak belajar.Pastikan anak-anak belajar dengan perut yang berisi bukannya kenyangsangat. Makan dan minum bukan mestinya ayam ke milo tiap-tiap hari. yang penting ia berkhasiat. Badan yang sihat akan menyebabkan otak anak-anak dapat menerima pelajaran yang baik. masa makan biar tetap dan halal.Eloklah makan bersama-sama, boleh bertanya khabar. Tak semestinya duduk dekat-dekat tetapi yang penting ada peluang untuk berbual-bual dengananak-anak. Masa makan jangan marah-marah...kalau nak tegur pun biar perut dah kenyang...hati dah senang... Buah-buahan juga baik untuk anak anak sebab banyak vitamin, tak payah epal, betik sudah mencukupi....3. Perkara kedua ialah Kemahuan Untuk Berjaya. Ini resepi yang pentingsebab kalau ada kemahuan di situ ada jalan. Dua-dua pihak mesti samakehendak ...Ibu Bapa dan Anak-anak mesti ada kemahuan untuk berjaya.Kalau anak sahaja yang mau tetapi tidak ada sokongan pun tak jadi..Kalauibu bapa yang bersungguh tetapi anak-anak main, lari sana, lari sini pun tak jadi..Dua-dua perlu sedar bahawa pelajaran itu penting...Nak jadi apa punmesti ada ilmu...nak berniaga...ada ilmu berniaga, nak jadi usahawan perluada ilmu, nak jadi orang berjaya pun ada ilmu...ilmu hari ini dilihat dari segiijazah, sijil...kalau tak ada payah. Siapa nak terima kerja. Nak pinjam bank pun perlu ada sijil...nak kerja perlu ada sijil..... Saya selalu ingatkan anak saya tak ada harta yang emak dan bapa nak beri, pelajaran sahaja bolehdapatkan perkara itu semua dimasa akan datang. Selalu saya bandingkan





kalau kita ada pelajaran, faedah apa yang kita dapat kepada anak-anak.Kadangkala kita perlu beri tahu mereka bagaimana kita susah bersusah payah untuk mendapat wang dan ingatkan mereka untuk menjadi lebih baik daripada kita.4. Isi 3 Beza mana penting.Ibu bapa perlu dapat bezakan mana lebih penting untuk anak-anak...motorsikal atau buku tambahan, anak-anak memang nak motorsikal, .masa belum beli janji memang nak belajar tapi kalau dah dapat motorsikalsemua lupa.Anak-anak pun begitu juga perlu tahu yang mana penting...rihat, jalan-jalanataupun belajar. Kalau rasa ilmu penting, pandai itu penting.... utamakan pelajaran. Kalau kita menangis sekarang kerana tak lulus ujian, kita adamasa untuk berusaha lagi , tapi kalau kita menangis lepas keluar keputusanUPSR , kita tak boleh ulang lagi.. Orang kata sesal dulu pendapatan sesalkemudian tidak berguna. Sebab kalau dah terlambatkita juga yang rugi....orang dah sampai KL, kita baru hendak bertolak...dah tentu ketinggalan.Kena pilih kawan juga sebab kawan main memang ramai tetapi kawan nak sama-sama belajar ..kurang.. sebab kalau banyak main akan melekakan kita.5. Isi 4: Pembahagian Masa:Anak-anak perlu faham kalau nak belajar mesti ada masa untuk belajar.Jangan tengok tv, main, jalan-jalan aje...kalau ada masa nak main bola,...mesti ada masa untuk belajar. Sekarang perlu fikir mana yang utama adamasa belajar dan ada masa main bola...dah belajar baru main..bukan maindulu ...penat-penat baru belajar....nanti baca sekejap sudah letih...tidor...Anak-anak kita perlu selalu diingatkan, ingatan, teguran, panggilan yang baik itu juga doa, kalau kita panggil anak kita bertuah, mudah-mudahan bertuahlah dia, tapi kalau kita panggil dengan perkataan yang kurang baik seperti bodoh mungkin akan begitulah anak kita.Masa cuti perlu lebih banyak baca buku, belajar dengan kawan...kalau jalan- jalan, borak-borak boleh tapi mesti kawal masa. tunggulah lepas periksa....cuti panjang lepas UPSR boleh cerita lagi banyak...Lagi satu perlu pakat dengan kawan jam 5.30 baru kumpul dan main bola...bukan jam 4.00dah tunggu depan rumah, ajak pergi kedai, ...itu membazir masa,





rugi....dalam hal ini ibu bapa boleh cuba nasihat anak-anak, kawal sikit pergerakan mereka...kalau tak boleh belajar masa petang, kurang-kurang boleh buat kerja rumah, buat latihan.6. isi 5: Ibu , Bapa dan Anak mesti ada kesefahaman. Faham bahawa kalaunak pandai kena korban masa, korban wang dan tenaga. Ibu bapa tanya danambil tahu pelajaran anak-anak, dapat nombor berapa, apa buku yang tak ada, kalau dulu tak ada tuisen sekarang dah ada tempat dimana boleh ambiltuisen. Di bandar-bandar besar hampir semua orang pergi tuisyen sebab nak dapat lebih lagi pengetahun. Tuhan itu adil. Siapa usaha lebih dia dapatlebih. Kalau hendak ilmu kena korban duit ..beli buku, bayar tuisyen, beli buku tambahan..Anak-anak juga perlu faham bahawa kalau nak pandai perlucakap dengan bapa, ibu apa yang tak tahu, macam mana nak buat...kalaudua-dua diam.tahu-tahu dah dekat periksa....dah terlambat...nasi dah jadi bubur...7. Anak sulung saya pernah bercerita , satu ketika dulu semasa dia tengahmenyidai baju masa itu umurnya 10 tahun dan saya pergi menoreh getah ,dia terdengar orang yang lalu depan rumah , rumah ni bersih ya tapi macamrumah nelayan , kami dulu memang susah, tapi alhamdullah masih cukupmakan dan pakai, rasa sedih juga tapi itu jadi cabaran pada diri dia , satuketika nanti kita akan berubah....insyallah kita akan berubah. Ahamdullillahada rezeki dan kekuatan . walaupun sekarang telah memiliki anak 8 orangtapi masih mahu belajar lagi di UPM untuk meningkatkan ilmu yang ada,sebab untuk mendapat pengetahun tidak mengira berapa umur kita.Jadi pada-pada anak-anak tak payah nak tunggu tua, peluang yang adagunakan sekarang.. dan dapatkan untuk lebih baik lagi.7. PenutupTuan-tuan dan sidang hadirin sekelian. Itulah sahaja yang dapat sayakongsikan bersama pada hari ini. Kejayaan tidak datang menggolek .Kejayaan perlu dicari, diusaha dan tidak datang mudah. Kalau hendak sagukena pecah ruyungnya...Kena tahu mana pokok sagu, kena ada parang/gergaji, kapak yang tajam, kena tahu cara tebang, cara kukur dancara masak..... Pendek kata setiap benda nak dibuat ada syaratnya. Setiap ibudan bapa ada peranan, Ada tugas. Anak-anak pula tugasnya belajar dengan





betul. Akhir sekali baru tawakal. Kita jangan berserah sahaja tanpa berusahaterlebih dahulu. Doa seorang ibu untuk anak-anak , bantu anak kita manayang termampu, ketika mereka menghadapi peperiksaan, kalau kita boleh berpuasa waktu kita lakukan , Lepaskan mereka dengan keikhlasan mudah-mudahan mereka , hati mereka terang dan tenang untuk menghadapi peperiksaan.Sekian, minta maaf kalau terkasar bahasa sebab bercakap memang mudah,kekuatan dan azam yang tinggi sangat perlu untuk melaksanakan . Moga-moga kita dapat berusaha bersama-sama menuju kejayaan. Kejayaan anak-anak adalah kejayaan ibu bapa. Sekian terima kasih.










Lupakan Kelemahannya, FOKUSkan pada Kekuatannya





Setiap manusia mempunyai kelemahannya tersendiri. Ini kerana, “lemah” adalah salah satu sifat makhluk, dan manusia juga adalah salah satu makhluk ciptaan Allah. Tiada seorang manusia pun yang sempurna, sehingga tiada satu pun cacat cela pada sifatnya. Begitulah juga dengan anak kita.


Ada anak yang ditakdirkan lambat berjalan.
Ada juga anak yang mahu bercakap banyak, tetapi “pelat”.
Ada juga anak yang sukar untuk makan, sehingga badannya kurus keding.
Ada juga anak yang dah diajar ABC atau alif-ba-ta beribu kali, tapi masih belum dapat mengingati.

Kelemahan itu adalah perkara yang biasa bagi seorang manusia. Jangan kan anak, kita juga ada kelemahan diri. Tetapi Allah swt tidak pernah memandang kelemahan-kelemahan fizikal ini untuk memilih siapakah hambaNya yang wajar dicintai.

Nabi Musa a.s adalah seorang yang gagap. Tetapi, baginda adalah salah seorang kekasih Allah. Allah swt sangat menyayangi Nabi Musa a.s sehinggakan Allah swt telah menyelamatkan seorang tentera firaun bernama Jalut daripada lemas di lautan, kerana Jalut ini adalah badut Firaun yang suka meniru gaya Nabi Musa a.s bercakap gagap. Allah swt suka pada Jalut, kerana dia meniru perbuatan kekasihnya.


Bilal bin Rabah r.a adalah seorang hamba yang berkulit hitam. Bukan setakat hitam biasa, malah hitam berkilat. Tetapi, Allah swt sayang padanya. Allah swt telah muliakannya, sehinggakan suara azannya dapat didengari bukan sahaja oleh penduduk bumi, malah, oleh penduduk langit juga. Padahal, (ada riwayat yang mengatakan), suara Bilal bukanlah sedap, ramai lagi sahabat yang bersuara lebih lunak daripada Bilal.

Kisah-kisah ini membuktikan bahawa, kelemahan-kelemahan fizikal sama sekali tidak dapat mengurangkan kasih sayang Allah swt pada seseorang. Betapa rahimnya Allah swt, apabila Dia menyayangi seseorang, Dia akan menyayangi kesemua yang ada pada orang itu, walaupun sesuatu yang dianggap sebagai kelemahan. Sekiranya Allah swt yang Maha Sempurna boleh menyayangi seseorang ke tahap itu, apatah lagi kita, hambaNya yang sangat lemah lagi hina.

Adakalanya, bila kita melihat kepetahan dan kepandaian anak orang lain, kita berasa rendah diri dan malu dengan kelemahan anak kita. Sebenarnya, kita tidak perlu berasa begitu. Anak kita hanya mempunyai satu atau dua kelemahan sahaja, banyak lagi kekuatan yang ada dalam dirinya. Mengapa kita harus memandang pada kelemahannya sahaja, lihatlah pada kekuatannya.

Mungkin anak kita tidak sepetah anak orang lain, tetapi dia ada kelebihan di tempat lain. Dia suka tersenyum, dia pandai membantu ibubapa, dia suka mengemas biliknya, dia tidak pernah mengherdik orang, dia tidak memanggil orang dengan nama-nama yang tidak disukai, dan macam-macam lagi.

Sebagai ibubapa, seharusnya kita fokus dan usahakan atas kekuatan yang Allah swt telah berikan kepada anak kita. Lupakan kelemahannya. Jangan sesekali mengetawakan kelemahannya, menyebut-nyebut kelemahannya di hadapan orang lain, memarahinya kerana kelemahan tersebut. Kerana ia akan menjadikan anak kita hilang keyakinan diri, padahal dia ada banyak kelebihan yang lain. Jadi, mari kita lupakan, lupakan dan lupakan kelemahannya.


Apabila ibubapa fokus untuk menghargai dan membina kelebihan yang ada pada anaknya (peluk cium anak selalu, beri penghargaan buatnya, motivasikan dirinya, beri tunjuk ajar dengan sabar, selalu mendoakannya),maka anak itu akan menjadi lebih berkeyakinan dan lebih cemerlang, sehinggakan kelemahan yang ada padanya terus lenyap . Kerana apa? kerana kita hanya memandang pada kekuatan dirinya SAHAJA.

Tiada kelemahan yang harus kita risaukan, melainkan seandainya anak kita tidak mempunyai iman dan amal (nauzubillahiminzaalik). Seandainya dia telah mempunyai iman dan yakin yang kuat pada Allah swt dan beramal mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, maka dia sudah pun berjaya di dunia dan di akhirat.

Waallaahua’lam

No comments:

Post a Comment