3 Asas Kebahagiaan Rumah Tangga & Huraian Al-Ghazali :)
Assalamualaikum :)
3 ASAS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA DAN HURAIAN AL-GHAZALI
Terima-kasih
buat suami soleh yang membuatkan hati isterinya tenang. Terima-kasih
jua buat isteri solehah yang membuatkan hati suaminya tenang. Hiduplah
bahagia dalam ketenangan.
Struktur yang digariskan oleh Imam Syeikh al-Ghazali ini berdasarkan Surah ar-Rum, ayat 21." Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah bahawa Dia jadikan kamu pasangan hidup agar kamu mendapat sakinah (ketenangan/ kebahagiaan)bersamanya.Dan Allah menjadikan antara kamu berdua mawaddah (kasih-sayang, kemesraan) dan rahmah (belas kasihan/ timbang rasa)."
Asas pertama: Ketenangan.
Hendaklah
suami isteri tenang dan berpuas hati dengan pasangannya. Mereka
seharusnya tidak berminat dengan yang lain. Isteri mempunyai hak untuk
tidak diduakan oleh suaminya (tanpa apa-apa darurat yang mendesak).
Asas kedua: Kasih sayang/ Kemesraan.
Berkongsi suka dan duka secara bersama.
Asas ketiga: Belas kasihan/ Timbang rasa
Berakhlak mulia serta tahu bersyukur atas nikmat yang diperoleh.
Sesebuah
rumah tangga yang berjaya didirikan di atas tiga struktur ini merupakan
keluarga yang paling bahagia, bahkan inilah keluarga yang mampu
mengatasi segala cabaran hidup dan ibu bapa yang bakal melahirkan zuriat
yang sihat dan keberkatan yang berpanjangan.
Hubungan
antara suami isteri adalah dibuat melalui suatu ‘kontrak’ atau ikatan
yang membabitkan sama-sama mempunyai hak dan tanggungjawab secara timbal
balas. Setiap tanggung jawab yang disempurnakan, sepatutnya dibayar
dengan hak yang dinikmati. Dengan kata lain, suami dan isteri,
masing-masing mempunyai hak mengambil dan memberi. Tiada hak yang
diambil dengan percuma tanpa tanggungjawab yang diberi.
No comments:
Post a Comment