Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku
telah dikurniakan dengan lima perkara yang
istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa
pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang
Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada
bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar
(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka
berbuka puasa".
Allah
mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas
setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya
telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat
akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar
(di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada
bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan
supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat
yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini)
akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah
SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu
malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW:
"Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu
diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah
Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir
menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,
di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan
keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa
kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas
perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang
besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.
Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu.
Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia
yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan
ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap
hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah
Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali
roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang
Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti
akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat
tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak;
doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia
berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang
yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya
melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan
Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu,
sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada
suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya
Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas
mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa
berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan
tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat,
tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut
walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Bismillahirrahmanirrahim
Ibadah Puasa
Ibadah Puasa
"Wahai
orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu
berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas
umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang
bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183
Ditegaskan
oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan
oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah,
yang bermaksud:
"Sesungguhnya
telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang
penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa
padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu
Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu
segala syaitan......."
PENGERTIAN PUASA - Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
- Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
- Puasa enam hari pada bulan Syawal
- Puasa hari Arafah
- Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
- Puasa bulan Syaaban
- Puasa Isnin dan Khamis
- Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
- Puasa yang terus menerus sepanjang masa
- Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
- Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri
- Puasa pada hari raya pertama Haji
- Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
- Berakal
- Akhir Baligh (Cukup umur)
- Kuat atau mampu mengerjakan puasa
- Islam
- Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
- Suci daripada haid dan nifas
- Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
- Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
- Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
- Makan dan minum dengan sengaja.
- Muntah dengan sengaja.
- Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan.
- Keluar darah haid atau nifas.
- Gila.
- Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
- Orang yang sakit.
- Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
- Orang tua yang sudah lemah.
- Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
Yang Dibolehkan dalam Puasa |
Orang yang sedang berpuasa dibolehkan mandi, dan mendinginkan badan
ketika cuaca terasa panas. Orang yang sedang berpuasa juga dibolehkan
dalam keadaan junub saat pagi menjelang. Hal ini tidak membatalkan
puasanya. Namun, akan lebih baik baginya jika segera bersuci dari hadas
tersebut, agar bisa melaksanakan salat tepat pada waktunya dan juga
membaca beberapa ayat al-Qur`ân. Orang yang sedang berpuasa pun dibolehkan memakai celak, dan memakai obat tetes mata. Asalkan, ketika ada benda yang turun ke tenggorokan ia tak menelannya. Dibolehkan juga memasukkan suntikan untuk pengobatan atau penambah kekebalan tubuh, sebagaimana dibolehkannya berkumur dan istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung) dengan tidak berlebih lebihan. Begitu juga tidak akan membatalkan puasa, jika ada hal-hal yang sulit dihindari masuk tertelan, seperti air ludah, debu jalanan, atau terigu yang sedang diayak. Orang yang berpuasa dibolehkan untuk makan , minum atau melakukan hubungan suami isteri setelah waktu maghrib hingga fajar tiba. |
No comments:
Post a Comment