SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL THULAB (PENDIDIKAN AGAMA DAN TAHFIZ AL QURAN)

SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL THULAB (PENDIDIKAN AGAMA DAN TAHFIZ AL QURAN)
SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL THULAB (PENDIDIKAN AGAMA DAN TAHFIZ AL QURAN)

BERSAMA KITA MELAHIRKAN GENERASI BERILMU DAN BERAMAL DAN BERAKHLAK

خيركم من تعلم القران وعلمه

SEBAIK-BAIK KAMU IALAH ORANG YANG BELAJAR AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA





pengenalan SEKOLAH Rendah AGAMA DARUL THULAB


No:21A, Jalan 2A/1, Bandar Baru Selayang,Fasa 2A, 68100
Batu Caves,SDE. Tel:03 61861460/0132120873(Ustz Ida)
0126172673  Ustaz Najib\014 3280288 Ustzh Lela

Di Surau An-naim Apartment Fiona Jalan Samudera Barat 8
Fasa 3c Tmn.Samudera,68100 Batu Caves SDE.
Tel:03 61861460(pej.selayang)013 2120873(Ustzh Ida)
012 6172673(Ust Najib)\013 2277032(Ust.Yaqob)

No.1 A & B, Jalan Hijau 5/1 Green Velly Park.Bandar Tasik
Putri Rawang 48020 Selangor.Tel:0126172673 Ustaz Najib/
0132120873(Ustzh Ida)/0192710327(Ustaz HJ.Tarmizi)
/014 6660738 (Ustzh Kamsiah)

Sek.Agama Darul Thulab Adalah sebuah Sekolah suwasta yang berdaftar dengan JAIS .
Di buka sejak tahun 1998 lagi dan telah melahirkan ramai pelajar cemerlang yang berjaya ke Sek.Men.Agama Asrama penuh,Keseimbangan dalam memberi pendidikan terhadap anak-anak merupakan satu keperluan dan kewajipan yang sudah mula disedari oleh ibu bapa. Pendidikan Agama yang diperolehi di sekolah kebangsaan tidak mencukupi,sebab itu  Sekolah Agama Darul Thulab  berusaha untuk  memberikan  penekanan terhadap kekurangan  tersebut melalui Kelas Agama dan Fardhu Ain dengan menggunakan sukatan pelajaran JAIS.Program ini juga menitik beratkan penguasaan Al-Quran disamping ilmu-ilmu agama seperti Fekah, Tauhid, Bahasa Arab dan lain-lain yang  bersumberkan Al-Quran dan As-Sunah.












MATLAMAT PENGAJIAN

Matlamat Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain adalah seperti berikut:
a.  Untuk memastikan setiap kanak-kanak muslim boleh membaca Al-Quran dengan baik dan terdidik dengan didikan Al-Quran.
b.  Untuk memastikan setiap kanak-kanak muslim boleh memahami dan boleh mempraktik dengan sempurna asas-asas Fardhu Ain cara hidup Islam.
c.  Untuk membantu memperkukuhkan lagi asas-asas pembelajaran Al-Quran dan pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah Kebangsaan.


 














objektif pengajian

Adalah menjadi objektif pengajian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain ini, bahawa setiap pelajar yang melalui pengajian ini akan:
a.  Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan khatam membaca Al-Quran.
b.  Boleh memahami dan boleh praktik asas-asas hukum tajwid dan hukum tilawah.
c.  Boleh menghafal ayat-ayat/surah-surah tertentu daripada Al-Quran.
d.  Boleh memahami secara umum maksud kalimah-kalimah dari kandungan ayat-ayat surah tertentu daripada Al-Quran.
e.  Boleh memahami dan yakin dengan akidah Islam melalui rukun Islam/rukun Iman.
f.   Boleh memahami/mempraktik dan mengambil ibadat-ibadat khusus dalam Islam serta memahami dan mendalami ibadat-ibadat umum yang lain dalam Islam.
g.  Boleh menghayati akhlak dan cara hidup Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunah serta ulamak-ulamak atau tokoh Islam.
h.  Boleh menguasai asas-asas pertuturan Bahasa Arab.
i.   Boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.
d.  Untuk mewujudkan satu sistem pengajian Al-Quran dan pendidikan   Islam yang                          lengkap dan seragam di seluruh negara.

MAtA PELAJARAN
Mata pelajaran adalah seperti berikut:
a.  Pengajian Tilawah Al-Quran dan Lughatul.
b.  Al-Quran.(mengaji setiap hari)
c.  Tauhid.
d.  Fekah.
e.  Akhlak.
f.   Bahasa Arab.
g.  Sirah.
h.  Tulisan Khat/Jawi.
i.   Hadith.
j.   Nasyid.
k.  Imlak
h.  tajuwid
Mata pelajaran ini akan diajar dalam Bahasa Malaysia. Tulisan Jawi dengan tujuan memberi kemahiran menulis dan membaca Jawi di kalangan murid-murid. Sementara itu, Bahasa Arab diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia .

waktu belajar

Pengajian tersebut mempunyai dua sessi (pagi dan petang
a.  Sesi pagi  :8.00 pagi - 11.00 pagi
b.  Sesi petang:2.30 ptg - 5.30 ptg.

buku teks

Buku yang berpandukan kepada sukatan pelajaran dan yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

YURAN

Yuran Pendaftaran     :Rm 35.00
Yuran Bulanan           :Rm 40.00(Termasuk Mengaji)
Yuran Pengangkutan Rm.30 Sebulan.

pakaian seragam

Lelaki  :   Baju Melayu Putih
                Songkok Hitam/Biru
                Sampin Hijau
Perempuan Baju Kurung Putih
                 Kain Hijau, Tudung Putih
# Segala pakaian boleh didapati di sekolah.

PROGRAM  LAIN DI DALAM KELAS DAN DI LUAR KELAS

·        KHEMAH IBADAH
·        KEM SMART SOLAT
·        KEM MOTIVASI  PSRA & UPSR
·        KEM TAFAQUH  FIDDIN
·        SUKANEKA TAHUNAN
  • IKHTIFAL
  • KONVOKESYEN
  • LAWTAN SAMBIL BELAJAR KE PUTRAJAYA,ZOO NEGARA ,PUSAT SAIN DLL.
  • MAJLIS KHATAM AL QURAN.










pengenalan TADIKA ISLAM DARUL THULAB

No:21A, Jalan 2A/1, Bandar Baru Selayang,Fasa 2A, 68100
Batu Caves,SDE. Tel:03 61861460/0132120873(Ustz Ida)
0126172673  Ustaz Najib\014 3280288 Ustzh Lela

Di Surau An-naim Apartment Fiona Jalan Samudera Barat 8
Fasa 3c Tmn.Samudera,68100 Batu Caves SDE.
Tel:03 61861460(pej.selayang)013 2120873(Ustzh Ida)
012 6172673(Ust Najib)\013 2277032(Ust.Yaqob)

No.1 A & B, Jalan Hijau 5/1 Green Velly Park.Bandar Tasik
Putri Rawang 48020 Selangor.Tel:0126172673 Ustaz Najib/
0132120873(Ustzh Ida)/0192710327(Ustaz HJ.Tarmizi)
/014 6660738 (Ustzh Kamsiah)

Tadika Islam Darul Thulab adalah sebuah institusi yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang beroperasi dari awal tahun 1998 dengan pembelajaran terkini yang diguna pakai oleh sekolah-sekolah bestari di negara-negara Asia.

 











matlamat
Memberi pendidikan sempurna
untuk anak-anak kearah
perkembangan fikiran dan
penyuburan dari segi pendidikan
intelek, emosi, sosial, fizikal secara
Addin (cara hidup Islam). Ke arah generasi berilmu, bertaqwa, beramal dan segala keperluan anak anda melangkah ke sekolah rendah.






 















mata pelajaran(AKADEMIK & AGAMA)
a.  Pengajian Al-Quran (Iqrak).         i.        Nasyid.
b.  Tauhid.                               j.        Bahasa Melayu.
c.  Fekah.                                          k.       Bahasa Inggeris.
d.  Akhlak.                              l.        Matematik.
f.   Sirah.                                  m.      Lukisan.
g.  Tulisan Khat/Jawi.                       n.       Sukan & Lain-lain.
h.  Hadith.






KELAS
a.  Tadika 1 :         4 & 5 tahun
b.       Tadika 2     :         6 tahun

YURAN
Yuran Pendaftaran      :Rm 35.00


Yuran Bulanan            :Rm 45.00(termasuk mengaji)
Yuran Pengangkutan   :Rm 30 Sebulan


KEISTIMEWAAN
a.  Laporan Kemajuan JAIS.
b.  Sijil Tadika JAIS.
c.  Latihan Sembahyang (Amali).
d.  Latihan berwudhuk (Amali).
e.  Bas Pengangkutan Diuruskan.
f.   Lawatan Sambil Belajar.
g.  Perayaan Sukan Tahunan.